• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Ditahan Dalam Op Kenderaan Perdagangan Di Perak

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Lima lelaki ditahan kerana disyaki positif dadah dalam Op Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Kilometer 225 Lebuhraya Utara Selatan, Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, arah selatan di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Wan Jamil Wan Chik berkata empat pemandu lori dan seorang penunggang motosikal yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan dalam operasi tiga jam bermula 9 malam.

Katanya, polis turut menemui satu alat menghisap dadah dalam sebuah daripada lori yang ditahan itu.

“Kita akan serahkan lima lelaki ini kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas operasi.

Operasi disertai 67 anggota termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), AADK dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wan Jamil berkata sebanyak 50 kenderaan perdagangan seperti lori dan bas diperiksa dengan 31 saman dikeluarkan JPJ dan 21 saman oleh polis atas pelbagai kesalahan.

Sehubungan itu, Wan Jamil berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras pemandu di bawah pengaruh dadah kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Dalam operasi akan datang saya akan panggil Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd