• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Politik Hilangkan Jati Diri Melayu-Islam – PAS

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak boleh terjerumus dalam kancah politik yang menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam kemajmukan kaum di negara ini.

Pengarah Strategi Pemuda PAS, Syahir Sulaiman berkata, parti itu pada masa sama perlu juga mengimbangi desakan politik yang memperjuangkan agenda Melayu supaya tidak terjerumus ke lembah asobiyyah.

Justeru, katanya, asas pendekatan politik matang dan sejahtera PAS serta gagasan politik blok ketiga adalah langkah untuk mengekalkan konsistensi PAS berada di paksi pertengahan.

“Dalam aspek pemahaman Islam, PAS perlu mengimbangi golongan literalis yang memberi tafsiran agama yang sempit mengikut teks dan pada masa yang sama perlu berhadapan dengan golongan liberalis yang memberi tafsiran Islam yang bebas mengikut logik akal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PAS perlu kekal sebagai watak pengimbang di antara politik perkauman dan serta kekal sebagai sebagai watak penghubung di antara literalis dan liberalis.

“Mengambil jalan tengah ternyata suatu posisi yang makin ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman yang merupakan pesanan agung yang terkandung dalam kalimah wasatiyyah,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: MelayuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd