• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Nelayan Warga Emas Terselamat Berpaut Tong Minyak

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Takut, panik semua ada… alhamdulillah pak cik selamat… tapi pak cik tetap akan turun ke laut, ini adalah punca rezeki pak cik,” kata Abd. Wahab Ismail ketika menceritakan detik cemas botnya karam.

Nelayan warga emas berusia 67 tahun berasal dari Kuala Ibai itu terpaksa berpaut pada tong minyak selepas bot dikemudinya karam di 1.2 batu nautika berhampiran muara Sungai Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Namun, nasibnya baik apabila sempat diselamatkan dua nelayan yang kebetulan melalui lokasi itu dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu.

Ketika ditemui Bernama di jeti Pulau Kambing di sini, nelayan itu berkata dia keluar menangkap ikan kira-kira 5.30 pagi, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, botnya dipukul gelombang lalu bocor dan mula tenggelam.

Bapa kepada 10 cahaya mata itu berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan dia berjaya berpaut pada tong minyak bagi menyelamatkan diri.

“Nasib pak cik agak baik, ada dua nelayan melihat kejadian dan datang menyelamatkan pak cik,” katanya.

Menurutnya ini merupakan pengalaman keduanya sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki di laut.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Zulbahry Sulong berkata sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mereka segera melakukan rondaan di pesisir muara sungai Terengganu hingga ke Seberang Takir bagi mengesan mangsa.

“Namun kita menerima laporan mangsa telah berjaya diselamatkan nelayan lain kira-kira pukul 7.30 pagi dan telah dibawa ke jeti Pulau Kambing,” katanya. – BERNAMA

Tags: bot karamNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd