• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerak Kerja UMNO Johor Tumpu ‘Parlimen Fokus’

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – UMNO Johor sedang memberi tumpuan di lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam usaha meningkatkan sokongan terhadap parti dan Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Md Jais Sarday.

Beliau berkata lapan kawasan Parlimen terbabit dimenangi BN pada pilihan raya umum lepas, namun dengan majoriti undi tipis.

“Kawasan Parlimen itu termasuk Pasir Gudang, Tebrau, Labis, Muar, Batu Pahat dan Segamat. Keutamaan kita adalah melakukan gerak kerja di kawasan ‘Parlimen Fokus’ ini supaya dapat mengekalkan kemenangan (pada pilihan raya umum akan datang),” katanya.

Md Jais yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Setiausaha Bahagian dan Setiausaha Kerja Bahagian UMNO Johor bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di sini Jumaat malam.

Katanya lapan kerusi itu daripada 26 kawasan Parlimen di Johor akan turut menjadi perhatian UMNO pusat.

Md Jais berkata setiap kawasan Parlimen itu mempunyai pelbagai isu dan masalah berbeza yang perlu diteliti sama ada dari segi pemilihan calon pilihan raya, bilangan pengundi, masalah parti komponen mahupun isu setempat.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, pada perjumpaan itu beliau diberikan taklimat mengenai perkembangan UMNO negeri.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak Johor kaedah yang kita (UMNO pusat) hendak lakukan untuk memastikan parti berjalan lancar. Saya juga menerima pelbagai maklum balas menerusi perjumpaan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd