• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Salahkan Abdul Khalid Atas Kelewatan Projek Langat 2

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mempersalahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.

Beliau berkata pada 2009, kawasan tanah itu di mukim Hulu Langat telah dikenal pasti sebagai tapak sesuai bagi membangunkan kemudahan enap cemar itu tetapi ia telah dijual kepada pihak lain semasa Khalid menjadi menteri besar Selangor.

“Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah merancang untuk buat pengambilalihan ke atas tanah tersebut bagi tujuan membangunkan kemudahan enap cemar.

“Namun, tanah itu telah diberi milik kepada MBI (Pemerbadanan Menteri Besar) pada ketika itu dan seterusnya dijual kepada Syarikat Prestige Capital Sdn Bhd pada 2013,” katanya.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menggulung usul titah ucapan Sultan Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata ekoran tindakan Abdul Khalid, PAAB terpaksa membuat perancangan semula pembangunan Langat 2 dan mencari tapak baharu bagi membina kemudahan enap cemar, yang menyebabkan projek berkenaan yang dijadualkan siap pada 2017 tertangguh sehingga 2019.

“Soalan yang ingin saya tanya kepada (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang (Abdul Khalid), mengapakah tanah yang telah dikenal pasti untuk kemudahan enap cemar itu diberikan kepada MBI, dan seterusnya dijual kepada Prestige Capital?

“Sekiranya PAAB ingin mengekalkan tapak asal maka, PAAB perlu membeli semula tanah tersebut pada harga RM600 juta yang akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Selangor,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata isu kelewatan projek Langat 2 tidak boleh dipersoalkan kepada pimpinan kerajaan negeri ketika ini.

Ini kerana ia disebabkan oleh tindakan pimpinan tertentu sebelum ini yang memberi kesan langsung ke atas pelaksanaan projek berkenaan, katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd