• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kastam Tumpu Kepada Penambahbaikan Pelaksanaan GST

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menumpukan kepada penambahbaikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk menyegerakan pembayaran balik kredit cukai input (ITC) kepada peniaga atau pendaftar GST.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata bagaimanapun, usaha itu memerlukan kerjasama yang lebih baik antara JKDM dan peniaga bagi memudahkan pembayaran balik ITC.

“Antara punca kelewatan pembayaran balik cukai itu ialah kita gagal menghubungi peniaga walaupun telah cuba menghubungi mereka melalui telefon, e-mel dan surat.

“Walaupun kelewatan ini pada sekitar 100 hingga 200 kes sahaja tetapi Jabatan Kastam akan memastikan pembayaran balik ini dapat diselesaikan dengan segera bagi melancarkan dan meningkatkan keberkesanan sistem ini kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 Siri 1/2016 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Subromaniam Tholasy dan Pengarah Akmal, Azimah Abd Hamid.

Khazali berkata anggota JKDM akan mengambil pendekatan turun padang untuk menjejaki peniaga yang gagal dihubungi selain memastikan semua pendaftar di bawah sistem itu wujud dan mereka menjalankan perniagaan seperti yang didaftarkan.

Katanya pihaknya juga akan memastikan tahap pematuhan peniaga bagi penyerahan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) dapat dicapai seratus peratus.

“Setakat ini, tahap pematuhan tersebut mencapai lebih 95 peratus dan ini satu petunjuk yang baik berbanding ketika pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.

Beliau berkata peniaga yang gagal mengemukakan penyata tersebut akan dikenal pasti bagi mengetahui punca kegagalan mereka berbuat demikian dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil pelantikan kepada 255 orang Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 yang selesai menjalani Kursus Asas Perkastaman selama dua bulan di Akmal.

Mereka akan ditempatkan di JKDM Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd