• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Banglo LGE: Polis Rekod Keterangan Phang Li Koon Esok

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis akan merekodkan keterangan Phang Li Koon esok bagi membantu siasatan berhubung kandungan akuan berkanun wanita itu berkaitan pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, di sini yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata Phang dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Polis telah menghubungi wanita itu beberapa hari lepas dan sepatutnya dia memberi keterangan hari ini. Bagaimanapun beliau meminta untuk hadir di IPD esok (Jumaat) berikutan beberapa kekangan, jadi kami akan merekodkan keterangannya esok,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Phang, 39, dalam akuan berkanun itu yang mendakwa dirinya tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.

Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pula meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Lim berhubung isu pembelian banglo itu yang didakwa dibeli pada harga rendah berbanding pasaran.

Shabudin dilapor berkata rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata polis menerima lebih 10 laporan daripada pelbagai pihak berhubung akaun berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu berkaitan pembelian banglo berkenaan dan penjualan tanah Taman Manggis Fasa 2 di Jalan Zainal Abidin.

Katanya kertas siasatan berhubung perkara itu perlu dilengkapkan, sebelum sebarang tindakan lanjut dilakukan manakala laporan polis membabitkan isu lain diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kami akan menjalankan siasatan termasuk melengkapkan kertas siasatan kes itu terlebih dahulu. Sama ada untuk memanggil Lim bagi merekodkan keterangan, ia bergantung kepada keperluan siasatan kes berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd