• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Pengantin Perlu Sepakat Sebelum Majlis – Mufti Kelantan

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga perlu bermesyuarat dan mencapai kata sepakat terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia bagi mengelak tercetusnya pergaduhan di antara dua pihak apabila ada yang tidak puas hati terutama berkaitan isu mas kahwin mahupun hantaran.

“Kita kena faham bahawa hantaran itu adat, (manakala) mas kahwin itu adalah ibadat dan jika digabungkan hantaran dengan mas kahwin itu (juga) boleh jadi ibadat…jadi kalau ibadat kenapa perlu bergaduh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi kelas al-Quran Braille yang dirasmikan Tengku Temenggung Kelantan Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden pergaduhan antara keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang tercetus di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata insiden berkenaan sekali gus memberi persepsi buruk kepada masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam yang dilihat tidak boleh bertoleransi dalam hal berkaitan perkahwinan.

“Kita disaran supaya dapat memperlihatkan keindahan Islam (tetapi) akhirnya orang (bukan Islam) akan nampak Islam buruk,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 37 peserta yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan menerima Sijil Graduasi Kelas dan Anugerah Peserta Terbaik yang dikurniakan oleh Tengku Muhammad Rizam.

Penerima Anugerah Peserta Terbaik, Rahimi Abd Rahman, 46, dari Kampung Jakar, Machang berkata minat yang mendalam untuk mempelajari dan membaca al-Quran menjadi pembakar semangatnya untuk mengikuti kelas membaca al-Quran dalam Braille.

“Rasa gembira apabila dapat bersama dengan peserta lain dalam mempelajari al-Quran Braille mengikut teknik dan cara yang betul selain dapat menghafaz surah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muftipengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd