• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hull Dipilih Lokasi Bogel Terbesar Berkumpul Untuk Seni

oleh
02/04/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kota Hull di utara England berjaya dipilih sebagai lokasi berikutnya untuk penganjuran program perhimpunan peserta yang bertelanjang bulan secara besar-besaran, untuk kepentingan hasil karya seni.

Jurufoto antarabangsa terkemuka, Spencer Tunick, bakal mencipta karya terbaharunya di bandar lama diasaskan pada 1193 itu sebagai merayakan status Hull yang tahun ini ditetapkan sebagai kota budaya Great Britain.

Acara perhimpunan umat manusia berbogel bulat berkenaan akan berlangsung di pelabuhan East Yorkshire di Hull pada 9 Julai depan manakala hasil rakaman fotonya unik tersebut akan diluncurkan pada 2017 depan.

Pihak penganjur berharap ratusan orang sukarelawan akan tampil menanggalkan pakaian masing-masing dan bertelanjang untuk bergabung dalam usaha pemotretan untuk karya gambar pegun berjudul Sea Of Hull itu.

tunick2

Kulit pada tubuh montok setiap peserta akan dikilatkan dengan sejenis kosmetik khas, sebelum ditata rias untuk membentuk pelbagai warna laut dan menciptakan bentuk-bentuk abstrak untuk pemotretan foto unik tersebut.

Berasal dari New York, Amerika Syarikat, Tunick pernah mencipta lebih 90 karya bertema bogel di seluruh dunia, termasuk di Sydney Opera House, Australia; Place des Arts Montreal, Kanada dan Bavaria Opera Munich, Jerman.

“Saya sangat tertarik pada keagungan sejarah hebat kota lama ini dan statusnya sebagai sebuah pusat pelayaran dan kaitannya dengan tradisi maritim masyarakat Inggeris yang kaya pada masa lalu,” kata beliau lagi.

“Hal yang sangat menggeletek perasaan saya adalah bahawa banyak jalan utama atau taman bunga sekarang di Hull, sebelumnya adalah merupakan kawasan perairan,” jelas Tunick kepada stesen penyiaran terkenal BBC.

tunick1

Dia seterusnya berharap, menerusi projek ini ia dapat menciptakan ‘lautan manusia telanjang membanjiri kota’ dan pewarnaan tubuh akan membantu banyak orang untuk mengatasi rasa malu diri mereka dalam imej bogel.

Berbangsa Yahudi, Tunick, 49; mula merakamkan foto telanjang pada 1986 di London dua tahun sebelum tamat pengajian seni sebelum berkembang ke serata dunia termasuk di Belanda, Ireland, Perancis dan Mexico.

Kirsten Simister, dari Ferens Art Gallery Hull, menyatakan: “Ini kesempatan untuk melibatkan masyarakat tempatan secara langsung dalam pertunjukan menakjubkan yang akan ubah kota hanya dalam bebarapa saat.”

Tunick juga akan membuat rakaman kedua pada 10 Julai berikutnya dan mengundang sejumlah peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara telanjang beramai-ramai yang lain di North Lincolnshire pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bogeltelanjang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd