• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Shades Saman Pemilik Blog Rotikaya RM1 Juta

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi utama kumpulan ‘Shades’, Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog tersebut yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri seperti yang dinyatakan oleh defendan.

Mohamad Faizal mendakwa beliau juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mana-mana mahkamah berhubung kejadian rogol seperti dinyatakan oleh defendan.

Menurutnya, defendan juga tidak pernah mendapat pengesahan daripadanya berhubung artikel itu sebelum ia diterbitkan.

Justeru, beliau menuntut ganti rugi, teladan, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd