• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Pinjaman Mara, 5 Ahli Perniagaan Direman

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lima ahli perniagaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.5 juta.

Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini selepas mereka dibawa ke mahkamah pada 9.55 pagi.

Kesemua lelaki berumur antara 38 dan 48 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 9 malam semalam di sekitar Lembah Klang.

Jurucakap SPRM berkata modus operandi sindiket yang dipercayai ‘didalangi’ pegawai Mara Daerah Klang, Selangor itu adalah dengan memalsukan dokumen permohonan bagi mendapatkan pinjaman perniagaan sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.

Beliau berkata pembiayaan yang dipohon sindiket membabitkan sembilan syarikat yang dipercayai aktif sejak 2013 itu adalah bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000.

Bersama penahanan itu, SPRM turut menyita sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, katanya.

Dalam kes berasingan, tiga kontraktor syarikat penganjuran acara dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 59 tahun itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas siasatan SPRM terhadapnya selesai.

Sehingga kini, SPRM menahan 10 individu berhubung kes tersebut, dan lapan daripadanya telah dibebaskan secara berperingkat sebelum ini, manakala dua lagi suspek termasuk pegawai Kementerian Belia dan Sukan masih dalam tahanan reman.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu disyaki mendalangi sindiket penyelewengan dana kerajaan tersebut kira-kira enam tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan kerugian RM107 juta. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd