• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Potong Lidah: Polis Sahkan Murid Tidak Dibuli

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKWAAN seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor, minggu lalu adalah palsu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan menyeluruh telah dijalankan dan pihak polis memutuskan yang mangsa tidak dibuli.

Jelasnya, kecederaaan murid tersebut iaitu Muhammad Alif Shukran Alias, 8,  adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang ketika itu bermain gunting milik rakan sekelasnya.

“Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.

“Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

“Pihak polis tidak menemui elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.

Tambahnya, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Minggu lalu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang murid tahun dua yang mendakwa dirinya dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli oleh sekumpulan lima murid tahun tiga.

Insiden ini turut hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa keping gambar murid terbabit menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC

Tags: muridpotong lidah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd