• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Masjid Di Kedah Dipohon Adakan ‘Solat Sunat Istisqa’ – MB

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memohon semua masjid dan surau di Kedah untuk mengadakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon diturunkan hujan berikutan cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara.

“Bila semua jalankan solat, semoga Allah dapat memperkenankan doa supaya dapat menurunkan hujan dan menamatkan musim kemarau ini. Inisiatif ini dijalankan demi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas menghadiri Solat Sunat Istisqa’ di Dataran Masjid Zahir di sini hari ini.

Solat yang bermula pukul 8.30 pagi itu telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Datuk Sheikh Roslan Abd Halim dan khutbah bertajuk ‘Mohon Turun Hujan’ telah disampaikan oleh Mufti Negeri Kedah Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Kira-kira 1,500 jemaah menyertai solat sunat Istisqa yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata pasukan Skuad Helang Merah dalam proses akhir untuk mendapatkan tajaan dari syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd sebagai penaja pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahsolat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

04/11/2022
0

BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kelebihan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd