• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Harimau Malaysia Bangkit Pada Perlawanan Akan Datang

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Keputusan seri 0-0 dalam perlawanan antara Harimau Malaysia dan Macau malam tadi perlu diambil sebagai pengajaran bagi pasukan itu bangkit bagi menghadapi perlawanan seterusnya di masa akan datang.

Ketua pasukan Malaysia Mohd Amri Yahyah berkata pasukan negara perlu memperbaiki tindakan penyudah dan belajar untuk mengekalkan fokus sepanjang permainan.

“Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, namun kita telah cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut. Kita gagal untuk menjaringkan gol saya sendiri pun dapat mencipta peluang tetapi gagal menjaringkn gol.

Kecewa tetapi kita terima keputusan perlawanan ini. Kepenatan bukanlah faktor kita gagal kali ini, tetapi mungkin faktor lain di mana kita terlalu leka untuk mencari gol dan ada sedikit hilang fokus,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini malam tadi.

Beliau berkata harapan untuk menang ke atas Macau berada di kedudukan ranking lebih rendah iaitu ke-195 berbanding Malaysia di tangga 166 memberikan sedikit tekanan namun menegaskan tekanan bukan alasan untuk Harimau Malaysia mencatat kemenangan.

Seorang penyokong Harimau Malaysia iaitu Zamri Zanggi, 47, dari Bukit Katil di sini berkata terdapat perkembangan positif dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee namun pasukan perlu melakukan peningkatan dalam perlawanan akan datang.

“Kalah atau menang saya dan keluarga sentiasa memberikan sokongan padu buat skuad kebangsaan bagi setiap perlawanan,” katanya.

Siti Hajar Abd Razak, 27, dari Cheng di sini pula berkata skuad Harimau Malaysia perlu mengambil keputusan malam ini sebagai sesuatu yang positif untuk terus bangkit.

“Ini kali pertama saya dan rakan-rakan hadir untuk menyokong skuad kebangsaan…kami teruja dan bersemangat dan berharap pasukan kebangsaan akan terus bangkit dan sentiasa positif untuk terus maju di masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd