MEDIA sosial Instagram telah memperkenalkan fungsi perkongsian video pada aplikasi mereka pada beberapa tahun lalu, tetapi ia hanya terhad kepada rakaman yang berdurasi 15 saat.
Kini, pihak Instagram telah membuat perubahan kepada fungsi tersebut untuk membolehkan pengguna aplikasi mereka berkongsi video yang berdurasi lebih panjang berbanding sebelum ini.
Pembaharuan terkini ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan ia akan membolehkan pengguna memuat-naik video berdurasi sehingga 60 saat.
Ini membolehkan pengguna berkongsi kisah dan cerita mereka dalam bentuk rakaman dengan lebih terperinci dan tidak perlu  risau akan durasi yang terlalu singkat.
Kepada pengguna iOS, Instagram juga menyediakan kemudahan pengguna untuk membuat video melalui pelbagai klip yang berlainan dan menggabungkan rakaman tersebut melalui aplikasi di telefon mereka.
Rakaman itu juga boleh disunting menggunakan aplikasi yang sama sebelum dimuat-naik ke akaun instagram mereka. -MYNEWSHUB.CC

