• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Bangku 15 Tahun, Doktor OKU Gigih Bantu Orang Kampung

oleh AK-47
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH ini tentang seorang doktor yang menggunakan 30 kerusi, sepanjang 15 tahun berkhidmat merawat pesakitnya di sebuah kampung.

Li Juhong, 37, dari Chongqing, China kehilangan kedua-dua belah kaki sewaktu berumur empat tahun dalam satu kemalangan kereta.

villagefemaledoctor-chongqing-1

Peristiwa tragik itu memberi inspirasi kepada wanita ini untuk tidak berduka di atas kehilangan kakinya, malah menjadikan dia seorang doktor yang disegani dan dihormati oleh penduduk kampung.

Selepas kehilangan kaki dalam kejadian pada 1983 itu, Li berlatih berjalan dengan menggunakan dua bangku kayu.

Hasil usaha dan kegigihannya, pada usia lapan tahun, dia mahir dan cekap berjalan menggunakan bangku kayu, lapor Shanghaiist.

villagefemaledoctor-chongqing-8

Dek kerana kejadian yang menimpa dirinya, Li bertekad menjadi seorang doktor untuk membantu dan merawat orang ramai. Selepas menamatkan pengajian di sekolah vokasional, wanita cekal ini mula bekerja di sebuah klinik yang terletak di kampung Wadian pada 2001.

Sepanjang 15 tahun kerjayanya sebagai seorang doktor bagi penduduk Chongqing, Li telah menggunakan 30 kerusi kayu untuk bergerak dan kadang-kadang suaminya turut membantu dengan memikulnya untuk pergi berjumpa dengan pesakit.

villagefemaledoctor-chongqing-9

villagefemaledoctor-chongqing-7

Menurut doktor gigih ini, jika dibandingkan dengan orang lain memang banyak cabaran yang telah ditempuhinya tetapi dia selalu berbisik kepada diri bahawa Tuhan akan membantu sesiapa yang berusaha untuk membantu diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

Seramai 6,000 penduduk kampung telah dibantu oleh Li sepanjang dia menjadi doktor selama 15 tahun.

villagefemaledoctor-chongqing-3

villagefemaledoctor-chongqing-10

Kecekalan dan kegigihan wanita berusia 37 tahun ini turut memberi inspirasi kepada satu-satu anak lelakinya yang kini berusia 12 tahun untuk bercita-citamenjadi seorang doktor seperti ibunya. –MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinadoktorKakikerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd