• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahu Warna Bendera Malaysia, Clever Girl Digelar ‘Bimbo’

oleh AK-47
29/03/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANCANGAN realiti berbentuk game show Clever Girl Malaysia yang bersiaran di TV3 terus menerus menerima kecaman dan kritikan hebat netizen walaupun sudah memasuki episod kedua.

BACA: ‘Gadis Pintar’ Dikritik, Tak Kenal Mother Teresa & Mahatma Gandhi

Rata-rata menyifatkan 14 gadis jelitawan yang menjadi peserta program ini tidak memiliki IQ yang tinggi seperti digambarkan dek kerana gagal menjawab soalan yang dilihat seakan pop kuiz.

Clever Girl 1

Jika pada episod pertama peserta dari Johor, Wan Zarith Sofea dikritik kerana tidak kenal antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa, episod kedua menyaksikan peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin dihentam kerana gagal mengenalpasti bilangan warna bendera Malaysia.

“Mahatma ghandi seorang wanita? Bendera Malaysia 5 warna? Oh sangat clever girl,” komen Mardhiah Shakir.

“Duk riuh satu rumah pasal bendera Malaysia ada 5 warna. Hahaha,” kata Zulaikha Zol pula.

“Belajar tinggi-tinggi, Jalur Gemilang pun tak tahu, “ ulas Amirul.

clevergirl

Lebih parah, pihak produksi turut dikecam gara-gara soalan “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok” selepas pengacara rancangan itu, Alif Satar mengesahkan jawapan adalah tiga.

27

Walhal jawapan sebenar bagi soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Paling menyedihkan, ada netizen yang mula menggelar peserta-peserta Clever Girl sebagai ‘Bimbo’ (gelaran untuk wanita yang cantik tapi dungu) di media sosial.

clevergirl4

clevergirl2

Sehubungan itu, ramai yang berasakan program pencarian ‘gadis pintar’ Malaysia seperti ini tidak sepatutnya ditayangkan kerana boleh menjatuhkan maruah peserta itu sendiri.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: clever girl
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Sara, Wakil Perak Juara Clever Girl Musim 2

15/10/2017
0

SHAH ALAM - Wakil dari negeri Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard, diumumkan sebagai juara program realiti, Clever Girl Malaysia musim...

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan Bocor’, Ini Respon Shazana…

10/10/2017
0

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera), sekali lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd