• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sara, Wakil Perak Juara Clever Girl Musim 2

oleh
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wakil dari negeri Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard, diumumkan sebagai juara program realiti, Clever Girl Malaysia musim kedua lewat Jumaat.

Graduan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik berusia 25 tahun itu menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Beliau memperoleh enam markah pada pusingan Penentuan Juara ketika menjawab soalan kategori sejarah, sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Naib juara pula dimenangi oleh Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, wakil dari Negeri Sembilan dengan mendapat empat markah yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Sementara itu, peserta dari Perlis, Hani Nazrina Hanizar, 25, terpaksa akur apabila beliau tersingkir selepas tewas kepada Fadila Zuraida ketika dalam pusingan Cabaran Fizikal.

Rancangan musim kali ini pernah mencipta kontroversi penarikan secara mengejut wakil Pulau Pinang, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera, 27, akhir bulan lalu yang menjadi misteri.

Ia juga menarik kritikan ramai netizen ekoran kehebatan wakil Selangor, Shazana Kamarzaman, 24, yang berjaya menjawab tepat sebelum sempat soalan itu habis dibaca oleh juri jemputan.

Namun Shazana dalam aksi pentas akhir kelihatan tidak berjaya menghabiskan saingannya apabila tersingkir di pusingan pertama setelah beliau meraih markah yang paling rendah.

Clever Girl Malaysia musim kedua yang dihoskan oleh pelakon, Alif Satar bersiaran di stesen TV3 selama 10 minggu mulai 4 Ogos lalu dengan menampilkan 13 peserta mewakili setiap negeri.

Pentas akhir turut menampilkan Alif membuat persembahan pembukaan dengan lagu Gemuruh, manakala Datuk Jalaluddin Hassan diundang sebagai kejutan bagi mengemukakan soalan kepada peserta. – Berita Harian

Tags: clever girl
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembangkang Degil, Ingkar Nasihat Polis

Next Post

Bot APMM Terbakar, Tiada Mangsa Terlibat

Related Posts

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan Bocor’, Ini Respon Shazana…

10/10/2017
0

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera), sekali lagi...

Video: ‘Bocor’ Lagi Di Clever Girl Malaysia

15/02/2025
0

PROGRAM realiti yang menguji kebijaksanaan gadis-gadis tempatan, Clever Girl Malaysia kembali 'buat hal lagi'. Kali ini, netizen mengecam rancangan berkenaan...

Next Post

Bot APMM Terbakar, Tiada Mangsa Terlibat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd