• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan JPP Tak Bertindih Dengan PBT, JKKK

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga merupakan satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.

“Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan
masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu.

“Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK. Mereka yang dilantik akan menjadi wakil rakyat ‘kecil’ untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

“Rakyat bukan marah kepada kerajaan tetapi marah dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan apabila soal kualiti perkhidmatan yang perlu dibuat oleh PBT, contohnya penyediaan kemudahan asas dan lain-lain,” katanya.

Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pengerusi JPP dalam kawasan PBT negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Katanya segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan menerusi MPP dengan pemantauan exco Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri masing-masing, semua JPP akan berbincang dengan Yang Dipertua PBT bagi mencari jalan penyelesaian.

Katanya JPP juga berperanan menjadi penggerak untuk menyatupadukan masyarakat dalam bandar dengan menjadi wakil kerajaan bagi menjelaskan mengenai dasar kerajaan, misalnya isu Cukai Barang dan Perkhidmatan yang hangat diperkatakan sekarang.

Beliau berkata sebanyak 2,286 anggota JPP telah dicadangkan di bawah 98 PBT di 11 negeri kecuali Sabah dan Sarawak, dan daripada jumlah itu 881 individu telah dilantik manakala selebihnya dalam proses untuk lantikan.

Sebanyak 231 anggota JPP di Pahang dilantik bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan. – BERNAMA

Tags: PBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

Pegawai Penguat Kuasa PBT Minta Rasuah RM12,000 Ditahan SPRM

25/05/2024
0

PUTRAJAYA - Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM12,000....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd