• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Stesen Baharu LRT Di Puchong Dibuka 1 April

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat stesen baharu Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar Puchong akan dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Azmi Abdul Aziz berkata stesen projek penyambungan laluan Ampang itu ialah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.

“Dengan penyambungan laluan baharu ini, Prasarana menjangkakan penambahan bilangan pengguna, dan dengan tren baru ia mampu membawa kira-kira 1,100 penumpang pada satu masa,” katanya pada sesi penerangan bersama media di stesen LRT IOI Puchong Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut Azmi, empat stesen baharu berkenaan berpotensi menarik bilangan pengguna berikutan lokasi stesen yang strategik dan kemudahan ‘park and ride’ yang disediakan di tiga stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong dan Taman Perindustrian Puchong.

Stesen IOI Puchong mempunyai 470 lot parkir kereta dan 95 untuk motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong pula mempunyai 122 parkir kereta dan 90 bagi motosikal manakala stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 untuk motosikal.

Azmi juga berkata Prasarana turut giat menjalankan promosi bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam memandangkan perkhidmatan yang disediakan adalah selesa.

Sehingga kini, pengguna harian LRT pada waktu puncak adalah 450,000 dan Prasarana menjangkakan pertambahan 50,000 lagi pengguna tahun ini.

Sebelum ini, empat stesen terdahulu telah dibuka pada 31 Okt lepas melibatkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5. – BERNAMA

Tags: LRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd