• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino Tidak Jejas Sektor Pelancongan Negara

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor pelancongan negara tidak terjejas akibat fenomena El Nino yang melanda ketika ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya pelancong hanya ingin memanfaatkan cuti mereka di destinasi pilihan dan cuaca tidak menjadi penghalang bagi mereka meneruskan aktiviti harian.

“Namun begitu, pelancong perlu peka dengan keadaan semasa dan menjaga kesihatan serta minum air yang banyak bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PPM, Dr Nor Edzan Che Nasir.

Beliau juga menasihatkan pelancong, sama ada dari luar negara atau domestik untuk merancang perjalanan mereka dengan mengambil langkah pencegahan awal berikutan risiko akibat fenomena El Nino dan strok haba.

Pada majlis hari ini, beliau turut melancarkan Pasukan Sukarelawan Pustakawan yang antara lain bertujuan menjaga kebajikan pustakawan di seluruh negara.

Mas Ermieyati berkata beliau bangga melihat komitmen yang ditunjukkan anggota PPM melalui pewujudan pasukan itu.

“Pelancaran ini dapat membantu gerak kerja secara sosial dan mendekatkan semua pustakawan dengan penduduk setempat di samping mendidik masyarakat untuk mencintai ilmu,” katanya. – BERNAMA

Tags: El NinoPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd