• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Hussein Berlakon Filem Aksi Hong Kong

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Faizal Hussein menjelaskan sikapnya yang tidak bersikap sembrono dalam menerima sesuatu tawaran adalah strategi untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan tempatan.

Faizal, 48, berkata, dia tidak mahu dengan kemunculannya terlalu kerapa sama ada menerusi filem atau pun drama akan menyebabkan penonton berasa bosan.

“Sejak dahulu lagi saya memang bersikap agak selektif terhadap projek yang saya terima dan itu sebenarnya strategi saya untuk terus kekal dalam industri.

“Pada saya sebagai seseorang pelakon itu tidak hanya boleh bersandarkan populariti untuk terus kekal tetapi perlu pasang strategi,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal berkata, sebagai orang lama dalam industri lakonan, dia melihat lambakan pendatang baharu bukan sesuatu membimbangkan sebaliknya ia pertumbuhan baik.

Bagaimanapun katanya, terdapat segelintir daripada mereka yang mula mendapat perhatian mula bersikap terburu-buru apabila produk lakonan mereka terlalu banyak.

Faizal Hussein bakal muncul dengan dua buah filem baharu tahun ini.

“Bila mula mendapat perhatian semua perkara hendak dilakukan tanpa menyedari ia akan menyebabkan karier mereka tidak berpanjangan.

“Lambakan produk dalam satu-satu masa membuatkan penonton akan cepat berasa jemu,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan memerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29), Faizal berkata, dia terkejut dengan pencalonan tersebut namun bersyukur kerana ia bukti dia masih mendapat sokongan peminat.

Bagiamanapun kata Faizal, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi trofi berkenaan kerana baginya mendapat pencalonan lima terbaik sudah menggembirakannya.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia bakal membintangi sebuah filem berjudul Abang Long Rajawali yang turut dibarisi barisan pelakon seperti Datuk M. Nasir dan Wan Hanafi Su.

Selain itu katanya, dia juga baharu selesai menjalani penggambaran filem yang menggandingkannya dengan bintang dari Hong Kong iaitu Simon Yam dan Kara Wei iaitu Mrs. K.

Ia diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Ho Yu Hang.

“Ia sebuah produksi tempatan tetapi pengarah dan barisan pelakon dari Hong Kong. Saya teruja dengan filem ini kerana ia sebuah karya aksi dan memerlukan saya berdialog dalam bahasa Inggeris.

“Saya juga sedang tunggu filem Tujuh arahan Raja Mukhriz untuk ditayangkan di pawagam dalam masa terdekat ini,” ujarnya. – mStar Online

Tags: ArtisFaizal Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd