• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM800 Juta Kos Keseluruhan Jalan Kanowit-Kapit Di Pedalaman Sarawak

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANOWIT (Sarawak) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini seharian meninjau kemajuan pakej kerja-kerja pembinaan jalan raya antara bandar Kapit yang terletak di tengah pedalaman Sarawak, dengan Kanowit sepanjang 102 kilometer.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kos kerja pembinaan yang menjangkau sehingga RM800 juta itu menunjukkan betapa kerajaan komited untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak dengan cara menyediakan akses ke kawasan berkenaan dengan dunia luar.

Katanya ia termasuk beberapa laluan yang merupakan ‘rangkaian jalan yang terputus’ serta ‘jalan pintasan’ yang sudahpun dikenal pasti akan dilaksanakan tidak lama lagi dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira dua tahun setengah.

“‘Missing link’ (rangkaian jalan yang terputus) dan ‘by-pass’ (jalan pintasan) yang menelan belanja RM150 juta ini saya rasa amat diperlukan untuk menghubungkan Kapit (dan Kanowit) dengan dunia luar menerusi akses jalan darat,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mesra dan meninjau Karnival Belia Kanowit di sekitar Taman Muhibbah di sini, Ahad.

Terdahulu, Najib yang dalam rangka lawatan ke Sibu dan Kapit selama dua hari bermula semalam, meninjau kerja pembinaan jalan dan jambatan merentasi Sungai Kanowit di sini yang berharga RM50 juta dan dijangka siap pertengahan tahun depan.

Awal pagi ini, Najib meninjau keadaan di sekitar pekan-pekan di pinggir Sungai Rajang, bermula di Kapit, kira-kira 128km dari bandar Sibu (di bahagian tengah Sarawak), sebelum ke Nangga Ngungun dan seterusnya pekan Song, sebelum menamatkan tinjauannya di sini.

Perdana Menteri berkata dalam lawatannya ke Nangga Ngungun, kawasan penempatan semula komuniti yang dipindahkan semasa kerajaan gigih dalam usaha memerangi ancaman komunis, beliau mendapati kawasan itu tidak membangun.

Menurutnya selepas mendengar permohonan komuniti di kawasan ini, beliau membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan jalan sepanjang 20km dengan kos RM50 juta di antara Nangga Ngungun dan Nangga Jagau bagi memudahkan akses untuk memajukan lagi kawasan berkenaan.

Najib mengambil perhatian bahawa orang ramai perlu sedar bahawa kerajaan dapat melaksanakan pelbagai projek luar bandar termasuk jalan raya, walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kejatuhan harga minyak, adalah hasil kejayaan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Tapi kerana GST, ia memungkinkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek-projek pembangunan luar bandar. Tanpa GST tidak mungkin Pan Borneo Highway dapat dilaksanakan, tak mungkin jalan Kapit-Song-Kanowit ini dapat dijayakan.

“Janganlah kutuk GST ini tanpa menyedari tujuannya untuk mengukuhkan asas kewangan kerajaan kerana dalam negara ini hanya 10 peratus sahaja orang bekerja yang membayar cukai, ia tak cukup untuk membawa pembangunan terutama ke kawasan luar bandar,” katanya.

Najib kemudiannya berlepas ke Lapangan Terbang Sibu untuk kembali ke ibu negara, menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razaksarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd