• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Dadah Sindiket M’sia Di Thailand Cecah RM400j

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menganggarkan dadah yang dirampas daripada 21 anggota sindiket rakyat Malaysia pada Rabu bernilai 4 bilion Baht atau kira-kira RM400 juta mengikut pasaran gelap.

Sumber berkata nilai dan jumlah dadah yang dirampas daripada sindiket itu – 226 kilogram (kg) dadah sintetik “Ice” dan 8 kg Heroin – mengejutkan Polis Thailand dan Polis Malaysia.

“Kini pasukan penyiasat Thailad dalam proses mengesan dalangnya di Thailand dan Malaysia…ini (mencari dalang) adalah amat penting,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya pasukan penyiasat percaya destinasi utama dadah berkenaan kemungkinan besar bukan Malaysia tetapi sebuah negara lain di Eropah kerana jumlahnya yang amat besar.

“Pasaran dadah di Malaysia dan Thailand tidak mendapat permintaan yang besar sebanya dadah yang dirampas itu, yang memungkinkan dadah itu dihantar ke satu tempat lain sejurus tiba di Malaysia.

“Pasaran gelap di Malaysia dan Thailand juga tidak memiliki permintaan sebesar itu,” katanya.

Sumber itu memberitahu bahawa sindiket itu mengambil dadah terbabit di Chiang Mai tetapi kemungkinan besar ia berpunca dari Segitiga Emas.

Pada Rabu, polis Thailand menahan 15 anggota sindiket dadah rakyat Malaysia di empat stesen kereta api di Ratchaburi, Hua Hin, Prachuabkirikan dan Surat Thani.

Mereka menaiki kereta api menuju ke Butterworth dan dalam operasi susulan pada hari sama, enam lagi rakyat Malaysia ditahan ketika menaiki van di Hatyai.

Difahamkan keenam-enam rakyat Malaysia itu melarikan diri ke Hatyai apabila menyedari Polis Thailand menjalankan operasi di stesen kereta api Surat
Thani.

Mereka turut meninggalkan beg-beg berisi dadah di kawasan itu.

Sementara itu, tiga pegawai narkotik Bukit Aman tiba di Bangkok semalam bagi membantu Polis Thailand dalam proses siasatan terhadap 21 anggota sindiket rakyat Malaysia itu.

Ketiga-tiga anggota Polis Malaysia itu akan membantu Polis Thailand mengambil kenyataan daripada anggota sindiket itu berikutan perbezaan bahasa.

Kesemua 21 rakyat Malaysia itu ditahan di Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Thailand di sini. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd