• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majalah TIME Cover Najib: SKMM, Polis Siasat Sivarasa

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
meesa.transformed
Majalah TIME dengan kulit muka depan palsu tertera wajah Najib yang dikongsikan Sivarasa di laman Facebooknya.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa, kerana disyaki memuat naik dan berkongsi kandungan palsu di laman Facebook.

Menurut SKMM, berdasarkan aduan yang diterima, Sivarasa dikatakan telah berkongsi dalam laman Facebook milik beliau, muka depan majalah TIME yang diubah suai dengan menampilkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kapsyen ‘No.2 Dalam Senarai Rasuah’ sedangkan majalah tersebut tidak pernah menerbitkan kulit muka depan sedemikian.

Menurut SKMM, rakaman percakapan Sivarasa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam (25 Mac).

“Telefon bimbit dan kad sim milik beliau juga diperiksa dan menjalani proses analisis forensik,” kata SKMM dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman Facebook suruhanjaya itu, Sabtu.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Denda sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan turut boleh dikenakan.

SKMM berkata suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tanpa mengira kedudukan atau status mana-mana individu sekalipun.

“SKMM ingin mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya,” katanya. – BERNAMA

Baca: Ahli Parlimen PKR Dipanggil Polis Sebar Fitnah Majalah TIME

Tags: SivarasaSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd