Seorang ibu hari ini mengirim kepada Mynewshub satu luahan hasrat dari anaknya yang teringin sangat bertemu dengan dua pelawak popular yakni Zizan dan Nabil.
 
Nur Syafiq Ikhwan, 7, menghidap kanser darah yang sukar untuk disembuhkan.
Seperti kanak-kanak seusia dengannya yang mempunyai idola masing-masing, Syafiq memendam keinginan yang amat untuk bertemu dua insan yang memberikan sedikit kelegaan serta kegembiraan di kala penyakitnya menyerang.
Ibunya, Camilia Abdullah menghantar dialog berikut dalam kotak mesej Facebook Mynewshub bagi memperlihatkan dilema yang dihadapi setiap kali anaknya bertanya mengenai kedua artis berkenaan;
Ya Allah….berilah saya dan suami jalan untuk tunaikan permintaan anak kami yang istimewa nie…..kerana agar sukar untuk kami tunaikan sedangkan kami sendiri tak pernah bersua muka dengan artis… dia nak jumpa….. dialog setiap hari…menangis dalam senyum….
Anak : Ibu bila saya boleh jumpa abg Zizan dan abg Nabil…macam dalam tv tu ceria…
Ibu : Ibu tak tahu nak cari dekat mana…ibu tak ada kawan nak tolong bawa jumpa dia orang.
Anak : Ibu telefon lah tv tu…..
Ibu : terdiam tiada kata-kata nak diluahkan…
Anak : Bolehlah ibu…..kalau saya jumpa dia orang…saya akan dengar cakap ibu untuk makan ubat dan tak minta benda yang saya tak boleh makan…
Ibu : Insyallah ibu dan ayah cuba tapi tak janji…..
Anak : Ye……dapat jumpa abg zizan dan nabil.
Setiap hari berfikir nak temukan dia den Ya Allah….berilah saya dan suami jalan untuk tunaikan permintaan anak kami yang istimewa nie…..kerana agar sukar untuk kami tunaikan sedangkan kami sendiri tak pernah bersua muka dengan artis… dia nak jumpa….. dialog setiap hari…menangis dalam senyum….

Di ruangan komen dalam pautan tersebut, ramai pengguna laman Facebook meletakkan ‘tagged‘  serta hastag #Nabilahmad dan #Zizanrazak agar individu yang terdekat dengan kedua-dua artis tersebut dapat melihat sendiri hasrat adik Syafiq.
Tidak kurang juga dengan perkongsian netizen di laman fan page kedua-dua pelawak tersebut sehingga ramai peminat membanjiri ruangan komen dengan memohon agar pelawak Nabil dan Zizan menunaikan impian kanak-kanak tersebut yang ingin bertemunya.
Diharapakan, Zizan Razak dan Nabil Ahmad mempunyai kelapangan untuk berkunjung ke kediaman adik Syafiq agar sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati kanak-kanak comel ini yang sedang bertarung dengan kanser yang dihidapnya.
Kami faham anda sibuk tetapi andai anda dapat meluahkan sedikit masa, budi anda bukan hanya akan dikenang keluarga itu, malah semua rakyat Malaysia pastinya akan menyanjung kalian berdua.
Ibunya memberitahu, dia kini menetap di Kuala Lipis, Pahang.– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Camilia Abdullah

