• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Selangor Kritikal Mulai 2017

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor akan mengalami bekalan air kritikal untuk tempoh tiga tahun akan datang (2017-2019) susulan permintaan yang semakin tinggi, pertambahan penduduk dan kelewatan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 untuk disiapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan itu kerajaan negeri terpaksa membina dua LRA di Labohan Dagang dan Semenyih yang dijangka mula dibina pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada 2017.

“Projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2017 dijangka berlaku kelewatan dan hanya siap dalam jangka waktu 2019. Maka tempoh 2017 hingga 2019 adalah tempoh yang kritikal kerana kelewatan Langat 2.

“Oleh itu kita tiada pilihan selain untuk membina dua LRA bagi menampung permintaan air dalam tempoh yang kritikal selain Projek Mitigasi 2 yang diserahkan hari ini. Diharap ini dapat membantu memenuhi permintaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan projek Bekalan Air Mitigasi 2 bernilai RM328 juta kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk diuruskan, di sini hari ini.

Projek di Matang Pagar Reservoir, Rawang melibatkan lapan pakej dengan sebahagian besarnya adalah untuk tujuan pengagihan air daripada LRA Sungai Selasa Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rasah.

Keseluruhan projek Mitigasi 2 itu akan dapat meningkatkan pengeluaran sebanyak 227 juta liter air sehari atau 227 mld.

Mohamed Azmin berkata penghijrahan penduduk khususnya yang didorong faktor peluang pekerjaan di negeri itu turut menyumbang peningkatan permintaan air di Selangor.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan juga melihat kepentingan untuk meningkatkan kempen kesedaran penggunaan air terawat dalam kalangan pengguna domestik di negeri itu bagi mengurangkan kadar pembaziran air.

Ini memandangkan Selangor adalah antara negeri yang mencatat penggunaan air terbanyak berbanding negeri lain.

“Kita lihat ada banyak pembaziran yang berlaku dan ianya bukan satu amalan yang sihat memandangkan kadar tarif air di Selangor masih di kadar yang rendah yang mampu dibayar. Jadi kita tidak mahu kadar yang rendah ini menyebabkan berlakunya pembaziran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd