• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman 2 Kontraktor Disambung, Seorang Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari terhadap dua kontraktor syarikat penganjuran acara bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 41 tahun mulai esok sehingga 1 April itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini.

Seorang lagi kontraktor syarikat penganjuran acara berusia 36 tahun pula dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Tiga kontraktor syarikat penganjuran acara tersebut adalah antara sembilan individu termasuk seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas berkaitan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 syarikat kononnya bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan.

Semalam, SPRM turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadap pegawai kanan KBS itu dan dua kontraktor syarikat penganjuran acara sehingga 30 Mac.

Dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan reman selama tujuh hari sebelum ini, dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Semalam, seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut direman selama tujuh hari sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Dana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd