• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 25 Nelayan Vietnam Di 3 Lokasi Di Perairan T’ganu

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga buah bot nelayan asing warga Vietnam yang didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Kuala Terengganu, pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah 9 (Terengganu), Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata seramai 25 orang nelayan termasuk tiga orang tekong ditangkap dalam operasi yang dijalankan pada pukul 11 pagi di tiga lokasi berbeza berdekatan kawasan Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

“Mereka ditangkap ketika menjalankan aktiviti berkenaan di kawasan kira-kira 61 hingga 70 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Ketika ditangkap kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 42 tahun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Ini adalah operasi tangkapan kedua melibatkan nelayan asing warga Vietnam dalam tempoh tidak sampai dua minggu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zainolabidin berkata dalam operasi tersebut, APMM menemukan sejumlah 4,000 kilogram ikan pelbagai jenis yang ditangkap nelayan berkenaan dengan nilai kesemua tangkapan beserta bot berjumlah kira-kira RM2.4 juta.

“Kesemua nelayan kini ditahan reman selama dua minggu bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dari kerajaan Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai kekerapan perairan negara dibolosi nelayan asing, Zainolabidin berkata, APMM kini berusaha mengekang kemasukan mereka dengan melakukan rondaan di perairan sekerap yang mungkin.

“Namun APMM perlu meningkatkan jumlah anggota dan aset kerana negara ini mempunyai perairan yang besar dan panjang.

“Untuk menjaga perairan negara daripada sering dibolosi nelayan asing, kita perlu mempunyai aset dan anggota penguat kuasa yang cukup untuk melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan nelayan-nelayan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd