• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Rakan

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh rakan di belakang sebuah hotel di sini, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peniaga S. Ravichandran, 30, dan S. Steven Arputharaj, 26, yang bekerja sendiri, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata pendakwaan gagal membuktikan elemen untuk mengaitkan kedua-dua tertuduh dengan pertuduhan itu.

“Pendakwaan perlu buktikan beberapa elemen antaranya sama ada tindakan kematian dilakukan oleh kedua-dua tertuduh, kecederaan yang dilakukan itu membawa pada kematian dan kedua-dua tertuduh melakukan niat secara bersama.

“Mahkamah mendapati tiada keterangan sedemikian sama ada secara langsung atau keterangan mengikut keadaan, maka mahkamah memutuskan tiada kes prima facie…kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Seramai 21 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 26 Nov 2014.

Mengikut pertuduhan, Ravichandran dan Steven Arputharaj didakwa membunuh M. Mugunthan, 28, seorang buruh, di belakang Hotel Geo, Jalan Tun Sambanthan, di sini antara 9.15 malam dan 9.49 malam, 17 Mac 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff manakala Ravichandran diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan dan Steven Arputharaj diwakili peguam S.Selvam. – BERNAMA

Tags: kes bunuhlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd