• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Daerah Kinta Tahan 70 Penagih Dalam Op Perdana

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta menahan 70 individu kerana didapati positif dadah dalam Op Perdana yang dilakukan di sekitar Tambun di sini hari ini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kinta Norhuda Mohamad Hamidi berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari itu terdiri daripada 67 lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 dan 70 tahun.

Beliau berkata hasil risikan sejak dua minggu lepas, kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Kampung Rizab Melayu, Tambun yang dikenal pasti sebagai satu daripada kawasan ‘panas’ bagi kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati 68 daripada mereka positif dadah jenis morfin manakala dua lagi positif methamphetamine.

“Operasi itu membabitkan 20 anggota AADK dengan kerjasama polis dari Balai Polis Tambun serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norhuda berkata ketika serbuan dilakukan terdapat suspekyang membawa senjata tajam dan berbahaya cuba bertindak agresif.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (pindaan 1998), katanya.

Beliau berkata kesemua mereka akan dihantar ke Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) bagi menjalani rawatan pemulihan.

Katanya AADK sentiasa komited untuk mewujudkan komuniti bebas dadah dan masyarakat dapat merasai perkhidmatan AADK khususnya dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah. – BERNAMA

Tags: AADK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd