• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Mengandungi Serbuk Abate Selamat Diminum

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang disebabkan fenomena El Nino mendorong masyarakat untuk menadah dan menyimpan air untuk kegunaan harian.

Namun, ia boleh mengundang bahaya sekiranya air yang ditadah itu tidak ditutup rapat dan dibubuh bahan pembunuh jentik-jentik atau abate yang berfungsi merencatkan pembiakan nyamuk Aedes.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin berkata kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa air yang telah dicampur serbuk abate mengikut sukatan yang ditetapkan adalah selamat untuk diminum.

Hasil daripada penyelidikan dan pemantauannya, Dr Rose Nani berkata masyarakat sering salah anggap bahawa bahan pembunuh jentik-jentik adalah racun atau bahan yang boleh merosakkan fungsi air bersih.

“Cuaca panas mendorong nyamuk Aedes untuk lebih aktif dan lebih kerap menggigit mangsa dari biasa, malah hujan sekali sekala memberi tempat nyamuk boleh bertelur,” kata beliau.

“Maka, antara langkah pencegahan, kita menggalakkan masyarakat menggunakan serbuk abate apabila menakung air kerana ia bertindak membunuh jentik jentik, selain air tadahan yang telah dibubuh abate mengikut sukatan adalah selamat untuk diminum,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Rose Nani berkata kebiasaannya setiap paket mengandungi 20 gram serbuk abate dan orang ramai hanya memerlukan dua gram sahaja untuk setiap simpanan 18 liter air dengan kesan abate mampu bertahan sehingga tiga hingga empat minggu.

Setakat 12 Mac lepas, bilangan kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,556 kes dengan penurunan 6.0 peratus atau 163 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,719 kes.

Jumlah kumulatif kes denggi yang dicatatkan dari Januari hingga 12 Mac pula adalah 30,678 kes, meningkat sebanyak 6.2 peratus atau 1,794 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 28,884 kes.

Sementara itu, beliau berkata selain gelombang haba, ekzema dan denggi yang sinonim dengan cuaca panas, pesakit yang menghidap asma dinasihati untuk menggandakan tahap penjagaan diri.

Menurutnya, keadaan pesakit asma boleh menjadi lebih teruk bukan sahaja pada cuaca sejuk tetapi juga pada cuaca panas melampau.

Ini kerana asma tergolong dalam kategori penyakit yang sensitif kepada perubahan cuaca selain konjuntivitis dan penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, tifoid dan taun.

“Justeru pesakit asma perlu memastikan mereka tidak melakukan aktiviti di luar rumah terlalu lama sehingga memudaratkan sistem pernafasan dan memakai baju yang baik untuk pengudaraan,” katanya, menambah amalan meminum air lebih seliter sehari bagi orang dewasa yang sihat dan rawatan segera perlu ketika menghadapi musim panas. – BERNAMA

Tags: denggiEl Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd