• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Perlindungan Agromakanan Masih Dikaji – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji pelaksanaan Skim Perlindungan Agromakanan bagi melindungi golongan petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat bencana alam dan wabak penyakit, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata setakat ini cadangan berkenaan masih pada peringkat perbincangan bagi mendapatkan mekanisme terbaik pembayaran premium berkenaan agar tidak membebankan golongan itu.

“Setakat ini tiada syarikat insurans yang sanggup mengadakan skim untuk petani mangsa bencana alam sekiranya bayaran premiumnya rendah.

“Kita masih berbincang dan mencari mekanisme terbaik kerana nanti kita tidak mahu golongan ini terbeban apabila hendak membayar premium skim ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sapawi mahu kementerian menyatakan keberhasilan kajian yang dijalankan mengenai skim insurans yang ingin diperkenalkan untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata setakat ini kerajaan membantu golongan petani, penternak dan nelayan melalui Tabung Bantuan Bencana Agromakanan ketika berlaku bencana seperti banjir, ribut atau cuaca panas yang menjejaskan pendapatan golongan ini.

Katanya pada tahun 2014, sebanyak RM42 juta telah dibayar kepada golongan terjejas akibat bencana berkenaan di seluruh negara bagi membantu mereka memulakan semula aktiviti pertanian.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan ini dan jika terdapat golongan petani yang terjejas akibat bencana alam selepas ini, kerajaan akan terus membantu berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: makananTajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd