• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Popular Bakal Jayakan Karnival Amal OMG Fest

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 10 orang selebriti terkenal bakal menjayakan Karnival OMG Fest! yang akan berlangsung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center, di sini, pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Selain barisan artis, kira-kira 100 peniaga lain turut terlibat dalam acara bagi mengutip dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza.

Karnival itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Antara barisan artis yang bakal terlibat ialah Nora Danish, Mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee, Bienda, Adam dan Afdlin Shauki.

Sementara itu, pengurus OMG Fest!, Lieza Baharom berkata, penganjuran kali keempat ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga dalam talian (online) untuk berniaga sambil membantu mengumpul dana membantu kesengsaraan rakyat Palestin.

Katanya, selain membeli-belah para pengunjung juga boleh berbakti dengan menyumbang terus ke Tabung Gaza yang disediakan.

“Penganjuran kali keempat ini lebih panjang iaitu tiga hari berbanding sebelum ini kita buat sehari atau dua hari sahaja.

“Peniaga-peniaga online dapat mempamerkan barangan mereka terus kepada pengunjung, manakala pengunjung yang datang bukan sahaja dapat bertemu artis, malah melihat dan membuat tawar-menawar sesuatu produk yang dijual.

“Semua orang boleh menyumbang sama ada melalui pembelian barangan yang dijual ataupun menghulurkan terus ke tabung yang kami sediakan,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, setiap lima peratus hasil jualan akan disalurkan terus kepada tabung kemanusiaan itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Lieza turut berkata, mereka berbesar hati apabila pelakon yang mempunyai pengikut tertinggi di laman Instagram iaitu Nora Danish bersetuju untuk hadir memeriahkan karnival tersebut.

“Nora Danish akan hadir pada salah satu tarikh tersebut bersama produk Sure White kerana dia merupakan duta kepada produk makanan tambahan itu.

“Selain itu, kita masih menunggu persetujuan beberapa orang artis lagi, namun kali ini hanya 10 gerai sahaja diperuntukkan untuk artis,” ujarnya. – mStar Online

Tags: ArtisFestival
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd