• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Banglo Kontroversi Mengaku Bukan Pengarah Syarikat

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – “Saya bukan pengarah atau pemegang saham KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd), syarikat yang berjaya dalam bidaan bagi tanah Taman Manggis melalui tender terbuka”.

Kenyataan itu terkandung dalam akuan berkanun Phang Li Koon, yang menjual banglo kontroversi di Jalan Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam akuan berkanun yang dibaca anggota Exco negeri Phee Boon Poh di sini hari ini, Phang menjelaskan bahawa beliau juga tidak terlibat dengan pengurusan syarikat itu.

Ditanya kenapa beliau yang membacakan akuan berkanun itu, Phee berkata beliau mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Phang dan penasihat kepada Persatuan Phang.

Dalam akuan berkanun itu, Phang berkata beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

“Saya juga tidak memperoleh sebarang manfaat daripada kerajaan negeri kerana menjual rumah itu kepadanya (Lim). Sayalah yang membuat keputusan pada harga berapa saya hendak menjualnya kepada Ketua Menteri.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau (telah) dipengaruhi dengan cara yang tidak sewajarnya oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak supaya menjual rumah berkenaan kepada Ketua Menteri pada harga RM2.8 juta,” katanya.

Pembelian banglo itu oleh Lim mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.

Shabudin, yang merupakan pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), turut meminta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terhadap harta itu.

Beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Phang berkata beliau membuat keputusan menjual banglo itu kerana ia mendapat publisiti yang tidak diingini serta tuduhan dari semasa ke semasa, termasuk beberapa kejadian seperti tunjuk perasaan dan upacara pengebumian jenazah yang diadakan di depan rumah itu serta perbuatan melempar bom molotov cocktail ke perkarangan rumah berkenaan.

“Tidak putus-putus tersiar berita tentang rumah itu, dengan alamat dan gambarnya terpampang dalam semua akhbar. Saya berasa amat tidak selesa sekiranya saudara mara saya atau saya sendiri mengambil keputusan untuk tinggal di situ suatu hari kelak,” katanya.

Phang berkata beliau tidak membuat tinjauan tentang harga pasaran apabila mengambil keputusan menjual rumah berkenaan pada 2015 kerana beliau berpendapat langkah itu tidak perlu apabila mendapati Ketua Menteri sebagai pembelinya, manakala satu persetujuan dicapai berhubung perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 berkaitan harga jualan yang dipersetujui.

Phang membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta pada 2008.

Beliau mengenali keluarga Lim sejak 2008 dan berkawan rapat dengan isteri Lim, Betty Chew. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd