• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguasaan Kemahiran Teknikal, Vokasional Tarik Pelabur Asing

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah penguasaan kemahiran teknikal dan vokasional dalam kalangan tenaga kerja tempatan merupakan antara faktor penarik pelabur asing ke negara ini.

Baginda bertitah lulusan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan tenaga kerja paling penting bagi merealisasikan serta menjayakan wawasan ekonomi di negara perindustrian utama seperti Jepun, Jerman, Taiwan dan Korea Selatan.

“TVET menyediakan kaedah pendidikan dan latihan yang berorientasikan amali ataupun hands-on berbanding kaedah pengajian ilmiah yang lebih berorientasikan teori,” titah baginda ketika merasmikan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping di sini.

Sultan Nazrin bertitah negara memerlukan sumber tenaga insan terlatih dalam pelbagai bidang bagi mendukung kegiatan ekonomi terutama untuk menerokai peluang baharu yang berteraskan teknologi tinggi.

“Usaha membangunkan sumber tenaga amat perlu dirancang selaras dengan keperluan guna tenaga untuk menggerakkan aktiviti ekonomi yang lebih dinamik, moden, kontemporari lagi produktif.

Menyedari tentang kepentingan TVET, Sultan Nazrin bertitah kandungan kurikulum pengajian itu tidak boleh bersifat statik, sebaliknya wajar direkayasa termasuk komponen latihan perlu dinamik selaras dengan perubahan teknologi semasa.

Titah baginda alatan mengajar termasuk kelengkapan makmal dan bengkel wajib dikaji dan dikemaskini secara berkala, selain tenaga pengajar perlu mengikuti latihan sepanjang masa supaya modul latihan bersifat semasa.

“Spektrum latihan hendaklah menerima hakikat bahawa manusia memiliki bakat, kecenderungan, minat dan potensi berlainan, selain turut mempunyai keupayaan menerima, memahami serta mengapresiasi kandungan berbeza,” titah baginda.

“Kemudahan yang terdapat di institusi latihan hendaklah digunakan ke peringkat optimum. Program latihan separa masa pada waktu malam dan hujung minggu wajar diperkenalkan supaya mereka yang bekerja boleh meningkatkan kemahiran,” titah Sultan Nazrin.

Selain itu baginda menyarankan supaya institusi latihan TVET menjalin kerjasama dengan pihak industri bagi membina hubungan kerja agar jurang antara corak latihan dan keperluan sebenar industri dapat dikurangkan.

Mengenai perangkaan guna tenaga, Sultan Nazrin bertitah pada tahun lepas daripada 13.7 juta penduduk Malaysia yang bekerja, sebanyak 8.2 juta terlibat dalam sektor perkhidmatan, manakala 2.2 juta lagi dalam pembuatan.

Sementara itu, 1.7 juta terlibat dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, pembinaan (1.3 juta) manakala perlombongan, kuari, bekalan gas, elektrik, bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa dan lain-lain 360,000, titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Tags: Kemahiranpelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

29/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan negeri ini perlu memberi tumpuan kepada usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd