• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Johor Tunjang Utama Teater Ombak Rindu

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEATER Ombak Rindu yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 22 April ini ada satu fakta menarik apabila ia melibatkan seramai tujuh anak kelahiran Johor yang menjadi tunjang utama teater ini.

chloe
Pengarah Projek teater Ombak Rindu, Chloe Siao Hui Boon.

Menurut pengarah projeknya, Chloe Siao Hui Boon, kebanyakan daripada mereka telah lama bergiat dalam bidang teater selain pernah terlibat dalam penerbitan teater berskala besar di pentas berprestij itu.

“Sekurang-kurangnya ada tujuh orang teraju utama dalam teater ini adalah anak kelahiran dari Johor dan mereka bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah produksi yang boleh membanggakan negeri kelahiran mereka.

“Menariknya, ada di antara mereka yang telah terlibat dalam bidang ini sejak lebih 30 tahun lalu serta terlibat dalam pengarahan, penulisan skrip dan pengurusan teater,” katanya.

Penulis skrip teater ini ialah seorang yang memang sudah terbukti kredibilitinya dalam bidang pengarahan teater iaitu Rosminah Mohd. Tahir yang berasal dari Muar, Johor.

rosminah
Rosminah Tahir

Rosminah mempunyai porfolio pernah mengarah teater berskala besar dan mega seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T. Pinkie, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po, Mak Dara Nyonya dan Anugerah.

Selain itu, pengarah dan koreografer naskhah ini juga, A. Aris Kadir yang berasal dari Pontian juga telah melibatkan diri lebih 20 tahun dalam bidang seni sejak habis belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA).

aris
A. Aris Kadir

Lima lagi anak jati Johor ialah Chloe sendiri yang berasal dari Batu Pahat, penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari dari Parit Sulung, Ramli Lani selaku pengurus pentas berasal dari Kluang, Azhar Zainal yang bertanggungjawab sebagai pereka tatacahaya merupakan anak jati Segamat dan aktres Zarina Zainoordin dari Johor Bahru.

fauziah
Penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari

“Sebenarnya, kami tiada perancangan untuk menjadikan teater ini sebagai ‘produksi anak Johor’ namun apabila proses sedang berlangsung barulah kami saling menyedari bahawa majoriti yang terlibat adalah anak kelahiran Johor.

“Ini menunjukkan ramai anak Johor yang terlibat dalam bidang seni tetapi telah berhijrah ke ibu kota bagi mengembangkan bakat masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, Chloe menyeru anak kelahiran Johor, peminat seni dan penaja yang berasal dari Johor untuk sama-sama menyokong persembahan yang berlangsung selama 10 hari itu.

Teater terbitan CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya ini dilakonkan Keith Foo, Uqasha Senrose, Izzue Islam, Zaidi Omar, Nad Zainal, Karl Shafek, Nonny Nadirah, Aris Forteen, Zera Hariz dan Ameer Forteen.

Ia mengisahkan tentang pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Hariz dan Izzah dalam memperjuangkan percintaan dan rumah tangga mereka.

Selain cabaran serta anasir luar seperti cubaan merogol, menculik dan membunuh Izzah, mereka juga berhadapan dengan kerenah adik-beradik sendiri yang tamakkan harta dan pangkat.

Bagi anda yang ingin menyaksikan teater ini, boleh membuat pembelian tiket berharga RM37.10, RM68.90, RM100.70, RM132.50 dan RM174.90 boleh dibeli di kaunter tiket Istana Budaya atau melalui www.airasiaredtix.com.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi talian 017-2004249/012-2977220/017-8716060/ atau 03-40265558. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hiburanJohormyArtisombak rinduselebrititeater
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd