• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Hajah, Najwa Mahiaddin Sedang Sesuaikan Diri Bertudung

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Mahiaddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

“Memang Najwa sudah bertudung selepas menunaikan haji baru-baru ini. Tetapi dia pun tidak berani mengulas panjang mengenai perkara tersebut kerana risau sekiranya, imej itu bersifat sementara sahaja.

“Kerana itu juga dia tidak memuat naik sebarang foto dirinya bertudung di Instagram. Bagaimanapun dia berharap imej itu akan kekal, Insya-Allah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Najwa kini berada di Singapura untuk menjayakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada Jumaat (hari ini).

Sementara itu, Joe berkata, pihaknya bersama Najwa sedang membuat penelitian dan kaji mengenai imejnya itu.

“Setakat ini, apa yang dilihat dalam gambar yang saya berikan adalah imej tudung yang dipakai Najwa sekarang. Tetapi pihak kami tetap akan mengkaji pelbagai gaya tudung bersesuaian untuk Najwa tampil di khalayak.

“Lagipun Najwa seorang yang sederhana tetapi tetap memiliki elegan yang tersendiri. Nantikan saja imejnya pada acara APM malam ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa yang sudah pun tamat pengajiannya di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu ingin memberi fokus kepada karier nyanyiannya di negara ini.

Najwa yang bernaung di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nada Biru Muzik Sdn Bhd akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman Sony Music Malaysia bagi penerbitan albumnya akan datang. – mStar Online

Tags: Najwa Mahiaddinpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd