• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El-Nino: JLKN Dapatkan Nasihat Sebelum Laksana Aktiviti Luar

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mendapatkan pandangan agensi berkaitan sebelum melaksanakan aktiviti luar pada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 berikutan cuaca panas akibat fenomena El-Nino ketika ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata ia bagi memastikan kelancaran program tersebut serta kesihatan para pelatih.

“Kita akan mendapatkan khidmat nasihat dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum melaksanakan sebarang aktiviti luar.

“Sekiranya keadaan cuaca terlalu panas, aktiviti luar seperti kawad kaki akan dibuat di kawasan tertutup seperti di dalam dewan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Surat Setuju Terima kepada 81 pengusaha Kem PLKN seluruh negara di Wisma Perwira di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Mohmed Asri Yusof.

PLKN siri 13/2016 akan bermula pada 26 Mac hingga 24 Mei melibatkan sebanyak 20,000 pelatih.

Kementerian Kesihatan pada Jumaat lepas melaporkan pihaknya menerima sebanyak 11 kes kelesuan haba dan tiga strok haba berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd