• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahnaz Fail Rayuan Balas Tuntut Mutaah RM100 Juta

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas isteri anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib, memfailkan notis rayuan balas memohon jumlah mutaah RM30 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah ditambah kepada RM100 juta.

Shahnaz Abdul Majid, 53, memfailkan notis tersebut di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini melalui peguamnya Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.

Dalam notis tersebut, Shahnaz, selaku responden, berkata beliau tidak berpuas hati terhadap jumlah RM30 juta itu yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Muhamad Abdul Karim Wahab dan memohon jumlah tersebut ditambah kepada RM100 juta.

Mahmud Abu Bekir Diperintah Bayar Mutaah RM30 Juta

Pada 10 Mac lepas, Muhamad Abdul Karim dalam keputusannya juga memerintahkan Mahmud Abu Bekir, 53, membayar jumlah mutaah itu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31 Mac ini.

Pada 9 Jun 2011, Shahnaz, kakak kepada ratu jaz negara Datuk Sheila Majid, menfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.

Mohd Rafie sebelum ini berkata bahawa jumlah RM30 juta yang diputuskan oleh mahkamah itu adalah jumlah yang tertinggi dalam kes tuntutan mutaah setakat ini.

Mahkamah itu juga menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan penggantungan sementara terhadap keputusan pembayaran tuntutan mutaah tersebut yang difailkan Mahmud Abu Bekir.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Jan 1992, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23, namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu. – BERNAMA

Tags: Mutaah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

02/03/2023
0

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz...

Anak TYT Sarawak Kekal Bayar Bekas Isteri Mutaah RM30j

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd