• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Ummi Nazeera Kekal Bebas Tuduhan Beri Keterangan Palsu

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon Ummi Nazeera, kekal bebas daripada pertuduhan memberi keterangan palsu selepas pendakwaan menarik balik rayuan terhadap pembebasannya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni menarik balik rayuan, ketika kes ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

Nur Hafizah ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan rayuan berkenaan, oleh itu mahkamah membatalkan rayuan tersebut.

Pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Maziah daripada pertuduhan dengan sengaja memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Okt 2009, tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 20 Mei 2013, Maziah pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu, bagaimanapun dia dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) oleh mahkamah kerana beberapa saksi penting tidak dapat hadir pada perbicaraan kes itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Dis 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand.

Maziah sekali lagi didakwa atas pertuduhan sama pada 31 Julai 2015, namun pada 19 Okt tahun sama Majistret Nur Azura Murah melepas dan membebaskan Maziah daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lapan saksi.

Maziah diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Mohd Akmal Abu Bakar dan Muhammad Zaki Sukery. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahUmmi Nazeera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd