• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kunjungan PM Naikkan Semangat Keluarga Pesakit Kronik

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumah pesakit cerebral palsy, Wan Nor Ain Syahida Wan Ruzaki di sini menguatkan semangat dan memberi perangsang kepada keluarganya untuk menghadapi ujian.

Ibu Wan Nor Ain Syahida, Zakinah Mat Zain, 37, berkata beliau sangat terharu dengan kesudian Perdana Menteri meluangkan masa ke kediaman mereka, di Taman Selasih, Paloh Hinai, hari ini meskipun sibuk dengan tugasan penting negara.

“Kedatangan (Datuk Seri) Najib sedikit sebanyak dapat mengurangkan duka kami. Saya sendiri tak sangka akan dapat bertemu dengan perdana menteri.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih atas kesudian beliau datang,” katanya kepada Bernama di sini.

Zakinah berkata anak keduanya dari lima beradik itu disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir 13 tahun lalu, dan kini terlantar di katil.

Najib kemudian melawat seorang lagi pesakit kronik, Mohd Alif Haikal Jamhari, 9, yang menghidap penyakit lebihan air dalam kepala atau hydrosephalus sejak lahir di kawasan perumahan yang sama.

Jamhari Abu Kassim, 42, bapa kepada kanak-kanak itu melahirkan rasa terkejut dengan kunjungan itu dan menyifatkan perkara itu sebagai bukti keprihatinan Najib, juga Anggota Parlimen Pekan.

“Kami tak sangka beliau sudi berkunjung ke rumah kami yang kecil ini. Kami ucapkan terima kasih atas sumbangan peribadi beliau yang akan saya gunakan sebaiknya untuk anak,” katanya, seorang tukang kebun sekolah.

Pada kunjungan itu, Najib turut menyampaikan bantuan berupa susu dan lampin pakai buang.

Najib seterusnya meluangkan masa selama hampir sejam bertemu dan menikmati juadah minum petang di anjung medan selera taman berkenaan dan meninjau tapak masjid baharu Paloh Hinai.

Pembinaan masjid dengan kos RM3.5 juta itu akan dimulakan pada tahun hadapan, bagi menggantikan masjid lama. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd