PENGGUNAAN skrin monitor sebesar 17 inci pada komputer riba nampaknya seakan kurang popular disebabkan pengguna lebih memahukan sesuatu yang lebih kompak agar ia mudah dibawa.
Di pejabat, kami masih mempunyai beberapa monitor komputer bersaiz besar disebabkan ia memudahkan kerja kerana memaparkan laman web dengan saiz yang besar.
Masalah utama ialah tidak seperti monitor berukuran 14 inci, monitor bersaiz besar kadang-kala sukar untuk dibawa kemana-mana.
Spontaneous Pop-Up Display (SPUD) ialah monitor 24 inci yang boleh dilipat dan disimpan di dalam poket kerana saiznya yang kecil.


Monitor ini mempunyai sebuah projektor mini yang memancarkan imej pada resolusi 720P pada skrin yang dilipat seperti payung.
Apabila dilipat ia mempunyai saiz kompak 5.6 x 14.2 x 19 sentimeter dan hanya seberat 700 gram.
Terdapat satu sambungan HDMI dan satu port USB-A pada bahagian belakang SPUD.
Harga jualan monitor mudah alih ini bermula dari $300 (~RM1215) sebuah.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: SPUD