• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan 27 Mac Untuk Cetus Rusuhan Besar-Besaran?

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis perlu bertindak tegas menghalang perhimpunan haram anjuran Pakatan Harapan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Mac ini.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A.Chandrakumanan berkata, pihaknya bimbang perhimpunan itu yang turut disokong Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mencetuskan rusuhan besar dalam negara jika tidak dibendung.

“Perhimpunan ini adalah serangan peribadi Mahathir yang tidak berpuas hati kerana kepimpinan Perdana Menteri tidak tunduk kepada permintaannya.

“Perhimpunan ini boleh menyebabkan keresahan dalam kalangan penyokong kedua-dua pihak yang boleh mencetuskan rusuhan antara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chandrakumanan berkata, perhimpunan haram akan mencetuskan pergaduhan diantara rakyat sekali gus mengundang kegawatan ekonomi Malaysia akibat situasi politik yang tidak stabil.

“Rakyat Malaysia perlu berfikir secara rasional dan tidak tunduk kepada sentimen yang telah dicipta kerana semua orang tahu sebab sebenar di sebalik perhimpunan itu diadakan,” katanya.

Pakatan Harapan merancang perhimpunan secara besar-besaran bagi menjatuhkan Perdana Menteri sebagai salah satu strategi untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mahathir mengumumkan beliau dan kumpulan penentang dalam UMNO akan menyertai perhimpunan anjuran parti pembangkang tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Perhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd