• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Gesa SPRM Segera Siasat Isu Pembelian Rumah Di Jalan Pinhorn

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn, di sini yang berharga RM2.8 juta.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Lim berkata beliau yakin bahawa tidak ada sebarang unsur amalan rasuah dalam isu pembelian rumah berkenaan yang cuba dikaitkan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, di sini.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Dalam pada itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa suruhanjaya itu pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah olehnya pada 2009.

Katanya beliau tidak pernah disoal siasat oleh SPRM berhubung penyewaan rumah sebanyak RM5,000 sebulan sebelum beliau membelinya.

Sementara itu, Lim ketika ditemui selepas majlis pelancaran alat Defibrilator Luaran Automatik di Taman Botani, di sini berkata beliau bersedia untuk memberi penjelasan berhubung isu itu di Parlimen jika diberi peluang berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd