• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Tak Berhasrat Bekerjasama Dengan PAS-Ikatan

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.

Katanya untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.

“Saya rasa susah untuk (bekerjasama dengan) PAS dan Ikatan kerana mereka menunjukkan mereka lebih mirip kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan yang mereka buat tidak konsisten.

“Saya rasa asas kerjasama sudah tidak wujud lagi iaitu kepercayaan…yang penting ialah apa yang anda setuju dalam mesyuarat mesti berpegang di luar.

“Apabila ini tidak dilaksanakan sukar bila tidak ada kepercayaan antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di Taman Botani, di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan bekerjasama dengan gabungan PAS-Ikatan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti.

Pada Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd