• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puntung Rokok Bukan Punca Utama Kebakaran Terbuka

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Tanggapan masyarakat bahawa puntung rokok merupakan punca utama berlakunya kebakaran terbuka adalah tidak tepat, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis.

Beliau berkata ini kerana peratusan untuk berlaku kebakaran disebabkan puntung rokok adalah amat rendah.

“Kebakaran boleh berlaku disebabkan puntung rokok, sekiranya angin kuat sehingga menyebabkan api menyala.

“Kebakaran terbuka berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab manusia yang sengaja melakukan pembakaran,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Yahya turut menjalankan uji kaji dengan meletakkan puntung rokok di lalang kering untuk mengenal pasti sama ada ia merupakan faktor utama kebakaran.

Dalam perkembangan lain, Yahya berkata bomba Perak sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan Ipoh dan Lubuk Merbau telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba.

Yahya berkata persiapan yang dilakukan termasuk memastikan jumlah anggota dan peralatan mencukupi di semua balai bomba.

“Strateginya ialah jentera dari balai bomba berhampiran bersedia membantu kebakaran di kawasan berhampiran.

“Selain itu, kita mempunyai peralatan yang mencukupi termasuk tangki air dan pam wajax iaitu pam mudah alih bagi menghadapi sebarang kecemasan di musim kemarau,” katanya.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memberitahu empat lagi kawasan di Malaysia mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba iaitu Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang.

Petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah celsius untuk lima hari berturut-turut dan melebihi dua darjah celcius daripada purata jangka panjang suhu maksimum. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd