• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.18 Juta Usahawan Wanita Berdaftar Dengan SSM

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.18 juta usahawan wanita telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagi membantu golongan itu, kementerian menyediakan pelbagai program antaranya Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA), 1Azam dan Mamacare.

“Bagi program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) seramai 2,359 ibu tunggal daripada 5,082 peserta telah berjaya menjadi usahawan selepas enam bulan mengikuti program ini dengan peningkatan purata pendapatan daripada RM500 kepada RM750 sebulan,” katanya menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan).

Beliau ingin tahu sasaran jumlah usahawan wanita luar bandar yang telah berjaya dicapai oleh kementerian dan apakah usaha untuk membangunkan mereka.

Azizah berkata melalui program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) pula, sehingga Disember lepas, seramai 1,446 orang daripada 7,719 wanita atau 19 peratus yang menyertai program itu telah berjaya menjadi usahawan.

“Program 1Azam pula telah berjaya membimbing 32,587 daripada 190,799 wanita dan berjaya meningkatkan pendapatan asal melebihi RM300,” katanya.

Azizah berkata program Mamacare iaitu penjagaan selepas bersalin pula telah berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 juta bagi 91 orang pemberi perkhidmatan tersebut sepanjang Januari 2013 hingga Disember 2014.

Katanya KPWKM juga berjaya membimbing 188 usahawan wanita melalui program Bazar Wanita. – BERNAMA

Tags: SSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd