• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Pekerja Premis Makanan IOI City Mall Ditahan

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operasi sebuah medan selera dan beberapa premis makanan di pusat membeli-belah IOI City Mall, di sini, hampir lumpuh apabila lebih 200 pekerja asing ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Imigresen Putrajaya, Rabu malam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat, yang menyertai operasi itu berkata kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial, tinggal lebih masa dan tiada dokumen sah.

“Dalam serbuan yang bermula pukul 8 malam, seramai 120 anggota dan pegawai Imigresen terlibat dalam pemeriksaan ke atas kira-kira 150 premis dan lebih 500 pekerja asing.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Menurutnya kesemua yang ditahan akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Masir berkata Imigresen akan terus mempergiatkan operasi di seluruh negara untuk mengesan, menahan, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar undang-undang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, sejak 1 Jan hingga 15 Mac tahun ini, sebanyak 2,418 operasi telah dilaksanakan dan seramai 42,605 warga asing telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 12,473 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 276 majikan serta dua ejen telah ditahan.

Tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu 4,003 orang, Bangladesh (2,936), Filipina (1,736), Myanmar (1,244), Thailand (504), Nepal (481), Vietnam (426), Pakistan (408) dan bakinya adalah dari negara-negara lain. – BERNAMA

Tags: pekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd