• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah ‘Stupid’, Anggota Trafik Amuk Dipindah Ke Jabatan Lain

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN insiden seorang anggota polis trafik wanita memarahi pengadu dalam kejadian berlaku pada 13 Mac baru-baru ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut.

Pihak tersebut mengesahkan bahawa kejadian terbabit berlaku kira-kira pukul 6 petang pada Ahad, di kaunter pejabat pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Subang Jaya mengesahkan bahawa ia telah berlaku pada 13/03/2016 (Ahad) jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di kaunter pejabat pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor,” tulis kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari dalam kenyataan itu menambah, sementara sementara siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap pegawai itu telah dibuat dengan serta merta.

Video: Dipanggil ‘Stupid’, Pegawai Trafik Wanita Naik Angin

“Sementara siasatan sedang dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita telah dibuat dengan serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan.

“Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan menyiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya,” tulis Mohamad Azlin.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat sebelum ini, dipercayai pengadu telah memulakan provokasi dengan mengatakan pegawai wanita itu ‘bodoh’ menyebabkan dia menghentak meja sewaktu berurusan dengan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: polispolis trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd